Ini adalah cerita orang pintar yang dapat menggumpul ilmu-ilmu yang mana pada ketika itu orang ramai tidak nampak perkara itu berharga.
KEHAUSAN IBN ABBAS TERHADAP ILMU PENGETAHUAN
Telah berkata Abdullah bin Abbas (r a),
"Selepas wafatnya Rasulullah (s.a w.) daku telah berkata kepada temanku dari Ansar,
'Sekarang Rasululish (s.a.w,) telah pun wafat. Diantara kita
semua ini masih ramai lagi para-para Sahabat yang masih hidup. Ayuhlah kita dapatkan mereka dengan mempelajari ilmu ilmu yang tersedek pada mereka mengenai cara-cara perlaksanaan di dalam Islam.'
Beliau berkata,
'Siapakah akan menghampiri kamu untuk mendapatkan peraturan yang ada pada pengetahuanmu itu semasa hidupnya para Sahabat?"
Daku masih belum merasa hampa. Daku mulai pertanyaanku
mengenal ilmu pengetahuan. Daku telah meaghampiri setiap orang yang daku sangka ianya telah mendengar sesuatu dari Rasulullah (s.a.w.). Akhirnya daku berjaya memperolehi se bilangan besar dari kutipanku mengenai peraturan-peraturan dari orang orang Ansar. Jika sekiranya daku dapati setengah daripada kalangan Sahabat-Sahabat itu sedang tidur ketika daku melawati mereka, daku terus menghamparkan kain serbanku di pintu pintu pagar mereka di mana ketika itu daku akan duduk sambil menunggu mereka. Terkadang-kadang daku dapati muka dan badanku akan diliputi oleh debu debu tetapi daku masih mau menunggu sehingga mereka bangun dan berazam agar dapat menghubungi mereka. Sejumlah daripada mereka berkata kepada daku,
'Abdullah, kamu adalah saudara sepupu dengan Rasulullah (s.a. w.) Sepatutnya kamu berhak memanggil kami ke tempatmu, tetapi mengapakah kamu bersusah-payah mendapatkan kami di sini?'
Kemudian saya berkata kepada mereka,
'Dakulah memang sepatutnya datang menemui kamu semua ini adalah kerana daku adalah seorang pelajar dan kamu semua adalah guru-guruku.'
'Sejak bilakah kamu telah menunggu kami?',
Mereka bertanya kepada saya.
Daku memberitahu kepada mereka bahawa daku telah menunggu mereka di situ dengan jangka masa yang agak lama juga. Mereka berkata kepadaku,
'Sungguh kasihan sekali! Sebaliknya kamu bolih mengejutkan kami dari tidur.'
Daku berkata,
'Tidaklah daku suka mengganggui kamu semua demi untuk kepentinganku.'
Daku kemudiannya telah meneruskan penuntutanku lagi sehingga tibalah di suatu masa di mana orang-orang dengan berduyun-duyun telah datang menemui daku untuk mempelajari dariku. Rakan-rakanku mulai menyedari pada ketika Itu yang mana mereka seraya berkata,
5esungguhnya budak ini telah benar-benar membuktikan yang dirinya lebih pintar dari kita."
Ini adalah kerana keazamannya terhadap ilmu pengetahuan yang
mana ianya telah menyebabkan Abdullah bin Abbas (r.a.) telab dikenali
sebagai 'Hibr-ul-Ummat' (orang yang terpelajar dl kalangan Ummat Islam) dan juga sebagai 'Bahrul Ulum' (lautan ilmu pengetahuan ) pada zaman beliau. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Taif. Muhammad bin Ali (r.a) telah mendahului upacara pengekebumian jenazah itu dan beliau telah berkata,
"Pada hari ini telah pun kehilangan seorang dari ketua di kalangan kita."
Langgan:
Catatan (Atom)